Bapa Tanam Anak Hidup-Hidup

Kanak- kanak lelaki berusia 6 tahun menjadi mangsa penderaan oleh ibu dan ayah tirinya di Padang Lawas Utara (Paluta), Sumatera Utara.

Kanak- kanak yang ditanam hidup-hidup itu, kini sedang dirawat secara intensif di sebuah hospital di kawasan itu.

Ketika ini, bapa mangsa masih lagi diburu polis tempatan.

Sementara itu, mangsa mengalami trauma yang mendalam. Dia terus menangis apabila bertemu dengan sesiapa sahaja, terutama orang yang dia tidak kenali.

Difahamkan, insiden itu bermula selepas mangsa beberapa kali didera.

Sehinggalah pada satu hari kanak-kanak itu di tanam hidup-hidup selepas dipukul dan di dera oleh bapanya.

Jirannya yang mendengar keganasan perlakuan bapa itu mula memanggil penyiasat dan pihak polis untuk menyelesaikan kes itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.