Akhirnya Mahfuz Mohon Maaf Selepas Pemangku Sultan Pahang Murka

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar telah mengundang kemarahan ramai apabila beliau telah menghina memperlekeh dan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebagai bahan jenaka dalam ceramah politiknya, baru-baru ini.

Akhirnya selepas didesak ramai dan selepas beberapa laporan polis telah dibuat ke atasnya, beliau akhirnya telah meminta maaf apatah lagi selepas pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa terguris dengan perbuatan Mahfuz itu.

Menurut Tengku Abdullah, Mahfuz melanggar ketertiban sebagai seorang yang lebih muda tambahan pula individu yang dimaksudkan adalah seorang raja.

Justeru Tengku Abdullah berkata baginda amat marah dan tersinggung serta akan mengambil tindakan.

Mahfuz memperlekehkan dan menghina Sultan Pahang ketika membuat perbandingan dengan Dr. Mahathir Mohamad yang dipilih sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH). Klip video itu kemudiannya menjadi tular di media sosial.

Apa yang kita lihat sejak kebelakangan ini, institusi diraja telah diperlekehkan dan dihina hingga ke tahap di mana Mahathir, yang merupakan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun telah memulangkan darjat kebesaran anugerah Sultan Selangor.

Mahathir dan isterinya, Dr Siti Hasmah, mengembalikan dua anugerah kepada Istana Selangor pada Disember lalu.

Mahathir mengembalikan anugerah Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Darjah Kelas Pertama dan Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) manakala Siti Hasmah mengembalikan SPMS dan anugerah Dato Paduka Mahkota Selangor (DPMS).

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu temubual dengan The Star menyifatkan pengerusi Pakatan Harapan itu, yang pernah mentadbir negara selama 22 tahun sebagai pemimpin yang mempunyai rasa rendah diri dan “kemarahannya boleh membakar negara”.

Sebelum itu, sultan juga mengambil isu dakwaan menghina Dr Mahathir terhadap masyarakat Bugis.

Jika di Thailand, sudah pasti tindakan ke atas mereka yang menghina institusi diraja akan dikenakan hukuman berat di bawah undang-undang lese-majeste.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.