FAS Ada Duit Lebih RM2 Juta Kata Azmin

KEMELUT Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) terus bergelora apabila gaji pemain dan bonus pemain tidak akan dibayar oleh kerajaan negeri.

 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkeras enggan melangsaikan hutang itu berikutan FAS mempu­nyai dana lebih RM2juta, petik Kosmo.

 

 

“Ada lebih RM2 juta, banyak duit itu dan mana pergi wang berkenaan?

 

“Mereka (FAS) ini membuat pemerdagangan pemain (menggunakan wang ber­kenaan),” katanya.

 

Beliau mendakwa bahawa FAS tidak bijak dalam menguruskan kewangan.

 

Malah, Azmin turut mempersoalkan ke mana wang tersebut di­laburkan oleh persatuan itu.

 

Sebelum ini, Setiausaha Agung FAS, Rosman Ibrahim mahu Azmin dan pengurus pasukan, Amirudin Shari memenuhi janji melangsaikan gaji pemain dan pegawai pa­sukan bagi November serta bonus mara ke final Piala Malaysia 2016.

 

Azmin dan Amiruddin turut dilabelkan sebagai bersikap lepas tangan setelah surat permohonan FAS mengadakan pertemuan dan menjemput Mohamed Azmin menghadiri mesyuarat Exco dua bulan lalu tidak diendahkan seolah tidak mempedulikan isu dihadapi FAS.

 

Sementara itu, Azmin turut menyelar Rosman sengaja bermain api dengan menya­takan bahawa belum menerima surat peletakan jawatannya sebagai Presiden FAS.

 

Beliau menyifatkan perkara itu sebagai permainan politik lapuk Rosman.

 

Dalam pada itu, mengenai perkembangan skuad Selangor yang kini dikendalikan P. Maniam, telah berjaya mencatatkan kemena­ngan pramusim tahun ini ketika menentang Terengganu (2-0) dan kelab MOF FC (1-0) sebelum tewas kepada jiran setempat 0-1 kepada Kuala Lumpur.

 

Selangor akan membuka saingan Liga Super menentang Pulau Pinang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.