Warga Asing Nikah Wanita Tempatan Untuk Dapat Lesen Niaga

KOTA KINABALU: Jika di ibu negara warga asing dilihat menguasai bisnes rakyat Malaysia dalam pelbagai sektor, di Sabah pula perniagaan kedai runcit mula dimonopoli oleh warga Pakistan.

 

Walaupun dikatakan tidak begitu serius, pertambahan kedai runcit serta cabang perniagaan lain di beberapa daerah dikatakan mula ketara kebelakangan ini, berbanding lima atau 10 tahun lalu.

 

Tinjauan BH di sekitar ibu negeri iaitu di bandar raya ini, Kepayan, Menggatal dan Inanam mendapati, ada saja kedai runcit diusahakan oleh peniaga warga negara berkenaan di sebalik deretan premis perniagaan.

 

BH difahamkan, ada antara peniaga terbabit berkahwin dengan wanita rakyat tempatan, sekali gus memudahkan mereka memiliki lesen perniagaan. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.