Sebenarnya Tindakan Hampir Sama, Hukuman Penceroboh Denda Rm1 Juta Dan Kapal Dilupuskan – Ismail Sabri

Petaling Jaya – Baru-baru ini, rakyat negara kita dikejutkan dengan tindakan kerajaan Indoonesia meletupkan kapal nelayan kita yang menceroboh perairan republik itu.

 

Malah ramai yang meluahkan rasa marah dan menganggap tindakan itu sebagai sangat kejam.

 

Sebenarnya Malaysia juga mengenakan tindakan yang sama tegas walaupun perlaksanaannya dilakukan dengan pendekatan berbeza yang lebih praktikal.

 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, letupan itu dilakukan kerajaan Indonesia setelah diputuskan oleh mahkamah.

 

“Sebenarnya tindakan hampir sama juga berlaku di negara kita. Hukuman bagi penceroboh adalah denda RM1 juta terhadap tekong dan RM100,000 terhadap awak-awak serta penjara.

 

“Manakala kapal akan dilucut hak dan dilupuskan. Cara kita melupuskan adalah dengan cara menebuk dan menenggelamkan kapal tersebut untuk dijadikan tukun..sedangkan Indonesia dengan cara meletupkan kapal tersebut.

 

Memetik kenyataan Ismail Sabri melalui laman sosialnya, Malaysia Gazette melaporkan, “Tapi end resultnya sama seperti lupuskan.”

 

Menurut beliau, sehingga hari ini, kerajaan Malaysia sudah menahan dan mengambil tindakan terhadap 24 kapal yang menceroboh sama ada dari Vietnam, Thailand atau Indonesia.

 

“Malaysia juga tiada kompromi dengan penceroboh kerana tindakan mereka menjejaskan pendapatan nelayan kita. Maka, tidak hairan jika Indonesia juga tidak berkompromi dengan penceroboh lebih-lebih lagi nelayan mereka amat miskin.

 

“Bagi saya penceroboh ini adalah penjenayah yang sememangnya mesti dihukum. Kita tidak boleh double standard.

 

“Jika nelayan asing menceroboh ke negara kita, kita mahu hukuman sehabis berat kepada mereka tapi kepada penceroboh dari Malaysia kita mahu tindakan berhemah oleh negara yang diceroboh,” katanya – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.