QZ8501 : Nelayan Pulau Sembilan Temui Mayat Remaja Perempuan

Pangkalan Bun – Sekumpulan nelayan Pulau Sembilan menemui satu mayat dipercayai remaja perempuan di perairan Marabatuan, Kotabaru, Kalimantan Selatan.

 

Pengarah Operasi Badan SAR Nasional (Basarnas) Bambang Supriyadi berkata, remaja perempuan anggaran usia 13 tahun ditemui terapung di perairan berkenaan.

 

“Sehingga kini, tiga mayat mangsa AirAsia Indonesia sudah ditemui di perairan berkenaan dan nelayan setempat komited membantu pencarian,” katanya.

 

Sebanyak 51 mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui, manakala 48 mayat sudah dibawa ke Surabaya, Jawa Timur, untuk ditentukan identiti sehingga hari ke-20 pencarian.

 

Operasi pencarian di Selat Karimata masih memberi tumpuan kepada mencari baki 111mangsa nahas yang terdiri daripada penumpang dan kru kabin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.