Polis Tahan 5 GRO Warga Vietnam Di Bandar Mahkota Cheras

Shah Alam – Lima pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Bandar Mahkota Cheras, 1 pagi tadi.

 

Serbuan itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas menjalankan risikan selama seminggu.

 

Jurucakap polis berkata, semua yang ditahan berusia antara 21 hingga 27 tahun dan berasal dari Vietnam.

 

Katanya, mereka tidak mempunyai permit yang sah untuk bekerja di negara ini.

 

“Turut ditahan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai juruwang di premis terbabit.

 

“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.