Penggodam Twitter Umum ‘Perang Dunia Ketiga’

WASHINGTON: Penggodam akaun Twitter akhbar New York Post dan United Press International semalam meletakkan mesej palsu, termasuk laporan meletusnya pertempuran antara Amerika Syarikat dan China.

 

Malah, satu tweet yang diletakkan pada akaun UPI memetik Pope Francis sebagai berkata: “Perang Dunia Ketiga sudah bermula.”

 

Satu lagi mesej dalam akaun New York Post pula menyatakan kapal induk USS George Washington “terbabit dalam pertempuran” dengan kapal perang China di Laut China Selatan.

 

Tweet berkenaan kemudian dipadamkan.

 

Seorang pegawai Pentagon menyatakan tweet berhubung pertempuran itu adalah “tidak benar”.

 

New York Post kemudian menyatakan: “Akaun Twitternya digodam seketika dan kami sedang menyiasat.”

 

Akaun Twitter beberapa organisasi media digodam sejak dua tahun lalu termasuk Agence France-Presse (AFP) dan BBC.

Minggu ini, akaun Twitter Central Command (CENTCOM) turut digodam kumpulan yang menyokong IS. – AFP

News Sites-Suspicious Tweets

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.