Pemaju Setuju Bina 1536 Unit Rumah Mampu Milik Untuk Kakitangan Kerajaan

Kementerian Wilayah Persekutuan berjaya mendapatkan persetujuan syarikat pemaju Hartanah untuk membuat pembangunan bercampur antara kondominium mewah dengan mampu milik berhampiran Bukit Jalil.

Menteri Wilayah Persekutuan yang menghadiri majlis perasmian Parkhill Residence pagi tadi memaklumkan pemaju terbabit bersetuju untuk membina 1,536 unit kediaman dengan keluasan 1000 kaki persegi pada di bawah RM 300 ribu untuk dijual kepada kakitangan awam.

Pemaju, Aset Kayamas Sdn Bhd akan membina terlebih dahulu 1,060 unit kodominium mewah sebelum dibangunkan perumahan untuk kakitangan kerajaan disebelahnya di atas tanah yang dibeli dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebelum ini.

Kodominium mewah pula dijual dari harga RM 600 ribu ke atas dengan bukaan pada 1300 kaki persegi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.