Ops Noda Khas Benteras Maksiat Seluruh Selangor, Termasuk Kawasan Terpencil

Shah Alam – Ops Noda Khas yang digerakkan Polis Selangor bagi membanteras aktiviti maksiat di negeri ini sejak 18 Nov tahun lepas tidak hanya tertumpu di bandar-bandar besar, malah ia turut memberi perhatian serius kepada kawasan terpencil.

 

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada semua ketua polis daerah serta ketua balai bagi memastikan tiada sarang maksiat yang terlepas walaupun kedudukannya jauh di pedalaman, lapor BERNAMA.

 

“Operasi ini kita jalankan setiap hari tanpa henti sehingga semuanya ditutup dan dibanteras,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 

Tambahnya pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan agar lesen premis yang terlibat dengan aktiviti maksiat ditarik balik.

 

Semalam media melaporkan Polis Selangor menahan 1,781 individu melibatkan wanita dan lelaki warga asing serta warga tempatan yang terlibat dalam kegiatan pelacuran dan maksiat di negeri itu dalam tempoh 56 hari sejak ops berkenaan dilancarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.