Nurul Bersalin Lebih Awal, Batalkan Baby Shower

Kuala Lumpur – Penyanyi Nurul Wahab, 37, selamat melahirkan anak kedua pada 15 Januari (semalam), jam 4.43 petang secara pembedahan. Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh penyanyi ini menerusi blognya.

 

Menurut Nurul bayinya yang berusia lapan bulan lebih itu lahir dua minggu awal dari tarikh yang dijangkakan. Bayi lelaki yang digelar Baby R itu dilahirkan seberat 2.45kg.

 

Tulis Nurul, ibu bapa mertua juga masih belum tahu yang cucu kedua mereka telah dilahirkan kerana mereka kini di dalam perjalanan ke Malaysia.

 

Aku tak pilih tarikhnya.. dan tidak aku jangkakan.. Bukan saja aku.. Malah suami, ibu bapa mertua dan semua yang rapat di sekeliling aku, yang mana kami akan menyambut kelahiran Baby R seawal ini!

Pada usia kandungan 34 minggu, Baby R dilahirkan. Placenta previa yang aku alami sepanjang dua minggu lalu, tak dapat menunggu sehingga awal Februari. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.Menyedari hakikat keadaan aku yang sentiasa mengalami pendarahan, dan bisa membawa kepada risiko lainnya, doktor memilih untuk tidak menunggu lagi.

Selepas 4 hari di hospital buat kali kedua di dalam dua minggu, akhirnya hari ini 15 Januari, jam 4:43pm Baby R dilahirkan melalui pembedahan. Tarikh dan hari, Doktor Aziz yang pilih. Hanya kebetulan. Tak sangka pula nombornya secantik tu! Terima kasih Doktor!

Aku memang tak fokus ke lain bila doktor menyatakan bahawa aku perlu menjalani pembedahan. Tak fikir tarikh dan apa-apa langsung. Dalam kepala ni bermacam macam persoalan berlegar. Nampak je kuat, tapi penakut gila! Hahaha…

 

Nurut juga memberitahu, buat masa ini Baby R di bawah pengawasan doktor untuk beberapa hari bagi melihat perkembangannya.

 

Selain itu Nurul juga memamklumkan yang dia majlis Baby Shower yang sepatutnya mahu diadakan pada 25 Januari ini.

 

Di sini ingin aku umumkan bahawa, aku dan Buds Organics terpaksa membatalkan Baby Shower yang kamu rancang akan di adakan tanggal 25 Januari depan. InsyaAllah akan kami umum semula andai ada acara yang akan kami adakan selepas ini. Mohon maaf di atas keadaan yang tidak disangka ini, maka terpaksa membatalkan perjumpaan antara aku, pembaca dan semua peminat yang lain.

 

Nurul juga memaklumkan yang buat masa ini dia  tidak menerima mana-mana tetamu untuk seketika. Hanya saudara dan sahabat terdekat dibenarkan melawat kerana dia dan bayinya memerlukan pengawasan yang rapi.

 

Nurul dan Eric Daniel Depp, 49, yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Zachary Depp, berusia setahun.

 

Terdahulu penyanyi itu juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, 15, hasil perkahwinan dengan suami pertama, komposer, Ajai. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.