Mayat Tanpa Kepala, Kaki Dan Tangan Ditemui Nelayan

Satu daripada tiga mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang ditemui nelayan Pulau Maradapan, Kalimantan Selatan beberapa hari lalu sudah terjejas teruk.

 

Anggota SAR Pos Kotabaru, Muhammad Imam Nazarudin, berkata mayat dipercayai kanak-kanak perempuan itu ditemui tanpa kepala, kaki dan tangan.

 

Dua lagi yang ditemui ialah mayat seorang lelaki dan wanita dewasa.

 

Ketiga-tiga mayat itu diterbangkan ke Surabaya, Jawa Timur pagi tadi dengan pesawat Casa NC212. – MetroTVnews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.