Kerajaan Arab Saudi Tunda Hukuman Sebat Blogger Hina Islam

Riyard – Kerajaan Arab Saudi semalam menunda pelaksanaan hukuman sebat terhadap seorang blogger yang dijatuhi hukuman sebat 1,000 kali kerana menghina Islam, susulan kecederaan yang dialami selepas menjalani hukuman minggu lalu masih belum pulih.

 

Hukuman sebatan terhadap Raef Badawi yang turut dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dikhalayak ramai, mendapat bantahan daripada Amnesty International dan kumpulan hak asasi manusia yang menggesa dia dibebaskan.

 

Raef disebat sebanyak 50 kali pada 9 Januari lalu, di luar sebuah masjid di Jeddah. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.