Epal Jenis Gala, Granny Smith Disekat Masuk Ke Malaysia

BERA 17 Jan. – Epal jenis Gala dan Granny Smith disekat masuk ke negara ini kerana didapati tercemar dengan bakteria Listeriosis yang mengakibatkan kematian dan ramai sakit di Amerika Syarikat (AS) serta Kanada.

 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya telah menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) AS tentang perkara berkenaan dan sekatan itu dibuat bagi mengelakkan orang ramai terdedah kepada bahaya kesihatan dengan pengambilan buah tersebut.

 

“Perkara ini melibatkan soal pemakanan yang berada di bawah Kementerian Kesihatan. Saya percaya kementerian itu akan mengeluarkan arahan dan nasihat kepada orang ramai agar tidak membeli dua jenis epal ini.

 

“Di pihak kita, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) akan menyekat kemasukannya,’’ katanya selepas merasmikan Program Servis Motosikal Pasca Banjir Parlimen Bera di Kampung Guai di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.