Ekstremisme Wujud Jika Tidak Fahami Sensitiviti Agama – PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata sikap ekstremisme akan wujud sekiranya setiap penganut agama tidak memahami sensitiviti agama lain.

 

Perdana Menteri berkata jika mahukan sebuah negara atau dunia yang aman, setiap individu itu perlu memiliki sikap dan bertindak atas rasa tanggungjawab, bukan mengikut emosi diri.

 

“Kita kena faham sensitiviti agama masing-masing jika kita mahu bina sebuah negara yang aman.

 

“Bagi memastikan ia (keamanan) dapat kita kekalkan, belia khususnya perlu terus dipupuk dengan sikap dan tindakan seperti ini,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Ke-63 Majlis Belia Malaysia di Hotel Istana, di sini, sebentar tadi.

 

Sebagai ketua kerajaan, Najib berkata beliau berjanji akan bertanggungjawab dan membuat yang terbaik bagi memastikan keamanan yang dinikmati kini akan kekal untuk ditatapi generasi akan datang. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.