Bot Persiaran Tenggelam, Rakyat Malaysia Turut Terkorban

BEIJING: Dua puluh satu orang termasuk rakyat Malaysia disahkan terkorban apabila sebuah bot persiaran yang dalam pelayaran percubaan di Sungai Yangtze, China tenggelam.

Kapal JMS Delta yang berdaftar di Singapura itu ditarik naik pagi tadi kira-kira 40 jam selepas karam. Menurut sumber pelayaran percubaan ini membawa 25 orang termasuk lapan orang warga asing.

Wisma Putra mengesahkan bahawa terdapat rakyat Malaysia dalam pelayaran tersebut tapi masih belum mengesahkan berapa jumlah.

Agensi Berita China, Xinhua melaporkan tiga orang berjaya diselamatkan, manakala seorang lagi masih hilang. Kesemua di dalam kapal terbabit adalah lelaki.

“Water entered the boat cabin very quickly, in less than 20 seconds it was completely filled with water,” kata seorang mangsa yang terselamat, Wang Zhenkai kepada stesen televisyen tempatan.

Kesemua mereka dipercayai pekerja teknikal kapal tersebut.

Kerajaan Wilayah menyatakan kapal bot terbabit melakukan pelayaran percubaan tanpa melalui prosedur yang sepatutnya seperti yang dikehendaki oleh pengawal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.