Arsenal Ada Ramuan Bedil Man City Di Etihad

MANCHESTER City kehilangan dua mata berharga di Goodison Park, minggu lalu apabila mereka sekadar seri menentang Everton, minggu lalu.

 

Arsenal, di sebaliknya berjaya menjelmakan antara prestasi terbaik, musim ini apabila menewaskan Stoke City 3-0 dengan penuh bergaya.

 

Man City akan menerima kunjungan anak didik Arsene Wenger bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris yang sengit dan saya melihatnya sebagai masa yang sesuai untuk The Gunners melangkah masuk ke Etihad.

 

Pemain di posisi serangan pasukan pelawat ketika ini bermain pada satu intensiti yang sangat sukar dikekang pihak lawan.

 

Keserasian dan pergerakan mereka dilihat berada pada kemuncak prestasi.

 

Arsenal perlu menggunakan senjata utama mereka iaitu Alexis Sanchez untuk memastikan bahagian pertahanan City berada pada keadaan tertekan terutamanya apabila tanpa Vincent Kompany.

 

Pertahanan Arsenal dan bahagian pertahanan tengah dilihat sebagai bahagian paling lemah. Kepincangan ini tidak jauh beza dengan kelemahan Man City yang terletak pada kedua dua pertahanan tengah iaitu Eliaquim Mangala dan Martin Demichelis.

 

The Citizens sudah pasti gembira dengan kepulangan Sergio Aguero daripada kecederaan.

 

Pasukan Manuel Pellegrini boleh mengancam bahagian pertahanan Arsenal dengan mudah jika David Silva dan Aguero diberi masa dan ruang.

 

Fernandinho dan Fernando akan memikul tugas yang berat untuk memastikan empat pertahanan di belakangnya diberi perlindungan yang secukupnya serta memastikan kehilangan Yaya Toure tidak dirasai.

 

Saya menjangkakan satu prestasi dan keputusan yang luar biasa yang akan memihak pasukan Wenger di Etihad nanti.

 

(Penulis tamu BH Online adalah bekas pemain kebangsaan, termasuk beraksi dalam dua perlawanan menentang Manchester United. Selain beraksi untuk Kuala Lumpur dalam Liga Malaysia, Stanley juga beraksi dalam liga di India dan Indonesia. Ketika ini dia adalah pengulas bola sepak di stesen televisyen Astro Arena dan Supersport)

 

RAMALAN BERNARD STANLEY MINGGU INI

Tottenham………… 3 Sunderland……………. 1

Leicester City ……..2 Stoke City……………… 2

Burnley……………… 2 Crystal Palace………… 1

Swansea……………. 1 Chelsea………………….. 2

Villa…………………. 1 Liverpool………………… 2

QPR …………………..1 Man United ……………….3

Newcastle…………. 1 Southampton…………… 2

West Ham…………. 2 Hull……………………….. 1

Man City……………. 2 Arsenal………………….. 3

Everton………………. 2 West Brom …………….0

– Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.