Khairy Tegur BAM Lagi

“MASIH tiada cahaya di hujung terowong”.

Demikian perumpamaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang diberikan terhadap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung prestasi hambar wakil negara dalam Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Malaysia.

Jelasnya, kegagalan pemain badminton negara dalam kejohanan bertaraf dunia ini mengulangi pencapaian buruk negara dalam Sukan Sea di Vietnam, tahun lalu.

“Prestasi kita di sini tidak berapa bagus  sama seperti Sukan Sea lalu.

“Sampai bila kita mahu mengharapkan kepada pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei?,” katanya.

Khairy menegaskan, beliau akan mengadakan pertemuan dengan BAM bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung prestasi pasukan negara.

“Saya bukan menidakkan keupayaan kepimpinan baru BAM tetapi saya mahukan penjelasan agar kita dapat melahirkan lebih banyak pemain yang berkualiti,” katanya.

Jelasnya, beliau sebelum ini sudah  beri masa kepada BAM bagi melakukan penambahbaikan dan perubahan.

“Perubahan itu masih tidak ada. Saya berharap selepas kejohanan ini saya dapat berjumpa dengan BAM untuk membincangkan beberapa perkara termasuk skop pengurusan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.