VIDEO: Segera Cari Formula Terbaik Selamatkan UMNO – Najib

KUALA LUMPUR – UMNO “perlu diselamatkan” dan harus segera mencari formula dan jalan keluar daripada kemelut yang dihadapinya, tegas bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Terdapat krisis di dalam parti itu berikutan tindakan sekumpulan pemimpin yang keluar daripada parti itu dan desakan supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan.

Najib berkata, perkara utama pada masa ini adalah mencari formula berkenaan yang berkait rapat dengan penyelesaian masa depan parti tersebut.

“Saya percaya semua pihak termasuk Presiden parti pun sedang memikirkan apa jalan terbaik.

“Kita belum dapat rumusan secara konsesus tetapi kita mesti dalam masa terdekat ini mencari satu formula dan jalan keluar daripada kemelut yang sangat serius ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas bersarapan pagi bersama warga nelayan di Jeti Kampung Sungai Miang, Pekan pahang pada Sabtu.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sekumpulan pemimpin UMNO yang keluar parti dalam minggu ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata matlamat utama yang harus didukung pemimpin dan ahli UMNO pada masa ini adalah menyelamatkan parti yang banyak berjasa kepada Malaysia.

“Matlamatnya, UMNO tidak boleh terkubur, UMNO harus kekal sebagai sebuah parti politik sebab kekuatan kita masih ada lagi, kekuatan kita dalam bentuk keahlian yang hampir tiga juta ahli dan 22,000 cawangan di seluruh negara.

“Tiada parti politik lain yang ada rangkaian kekuatan akar umbi macam UMNO… ia perlu terus dipelihara dalam usaha memulihkan UMNO.

“Saya akui keadaan ini genting, serius dan perlu penyelesaian bijak yang boleh diterima sebahagian besar ahli UMNO,” katanya.

3 thoughts on “VIDEO: Segera Cari Formula Terbaik Selamatkan UMNO – Najib

  • December 16, 2018 at 7:07 pm
    Permalink

    Parti tk salah tk berdosa pun..?? Yg tk amanah tamak haloba rasuah ?? Formula apa nya..?? Bongkak takbur angkuh sombong bodoh ingat tak kan jatuh sampai bila2 …sbb falsafah amanat amanah hukum ajaran islam korang dulu tolak tepi?? Ada nasihat tegur kau buang pula yg tegur?? Formula da betul…tapi sayang khianat tamak takbur tu lah falsafah kau?? Ahli rakyat parti tak salah berdosa.. fikir3 siapa yg salah?? Tk mahu akui ke?? Nk salahkan org lain?? Aneh pelik hairan tk kan tak tahu ya tak??
    Angkuh kuat sangat..!!

    Reply
  • December 16, 2018 at 7:08 pm
    Permalink

    Siapa salah ya?? Ada bolih jawab??

    Reply
  • December 16, 2018 at 7:09 pm
    Permalink

    Undang2 mahkamah bukti saksi akan beri kita jawapan nya…!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.