VIDEO: Penjaga Gol Vietnam Curi Tumpuan Gadis Malaya

KUALA LUMPUR – Impian Harimau Malaya untuk merangkul kejuaraan Piala AFF buat kali kedua berkubur di Hanoi apabila tewas 0-1 kepada Vietnam pada aksi final kedua, sebentar tadi.

Kekalahan di Stadium My Dinh Hanoi itu menyaksikan Vietnam menamatkan penantian selama 10 tahun untuk merangkul kejuaraan kedua mereka menerusi agregat 3-2, selepas aksi pertama di Bukit Jalil, Selasa lalu berkesudahan 2-2.

Bagaimanapun, pemain Vietnam yang paling mencuri tumpuan ramai dan semestinya para gadis sudah tentu lah penjaga gawang gol nya, Dang Van Lam.

Van Lam sedang hangat diperkatakan dan menjadi perhatian di media sosial sejak kebelakangan ini.

Di media sosial, boleh dilihat betapa ramai anak gadis yang memuji dan menggilai ketampanan wajah yang dimiliki pemain berusia 25 tahun ini.

Mari kita kenali secara ringkas latar belakang pemain dari Vietnam ini.

Dang Van Lam dilahirkan pada 13 Ogos 1993 di Moscow, Rusia. Jejaka berusia 25 tahun ini merupakan pemain bola Rusia dan berdarah kacukan Rusia-Vietnam. Ibunya merupakan orang Rusia manakala bapanya berasal dari Vietnam.

Memiliki tubuh badan yang sasa dengan wajah kacukan yang cukup tampan, tak hairanlah jika Van Lam juga pernah menjadi model bagi memperagakan beberapa jenama pakaian.

Bagaimana Van Lam boleh terlibat dalam dunia bola sepak? Dia pernah dilatih selama 5 tahun dalam kelab bola Spartak Moscow sebelum berpindah ke kelab bola sepak tertua di Rusia, Dynamo Moscow selama 4 tahun.

Pada tahun 2010, Van Lam kembali ke Vietnam untuk mencuba kerjaya dalam bidang ini.

Setahun kemudian, dia terlibat dalam pasukan kebangsaan bola sepak Vietnam bawah 19 tahun.

Penjaga gol itu juga pernah dihantar ke Laos dan pulang ke Rusia pada tahun 2014 untuk menyertai kelab Rodina Moskva.

Tidak lama selepas itu, Van Lam kembali ke Vietnam bagi menyertai kelab bola sepak Hai Phong pada tahun 2015.

Memiliki tubuh badan yang sasa dengan wajah kacukan yang cukup tampan, Van Lam juga pernah menjadi model bagi memperagakan beberapa jenama pakaian.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.