Ungkapan ‘Nabi Pernah Tak Tunai Janji’, Khalid Mohon Ampun Pada Allah

SHAH ALAM – Selepas dikecam dan dihentam pelbagai pihak, Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad akhirnya memohon maaf berhubung kenyataan beliau yang menyamakan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji manifesto PRU14 dengan situasi Nabi Muhammad SAW. 

Menerusi satu kenyataan, Ahli Parlimen Shah Alam itu menjelaskan beliau tidak berniat menuduh Nabi Muhammad SAW mungkir janji, ataupun mahu menutup kelemahan PH dalam melaksanakan manifesto dengan menyandarkannya kepada baginda Rasulullah.

Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, apa yang ingin disampaikan adalah manusia hanya mampu berusaha, namun bukan semua yang diusahakan akan dapat terlaksana sepenuhnya.

“Saya menerima segala teguran yang dibuat dengan hati terbuka dan terima kasih.

“Jika ada yang faham begitu (seolah Rasulullah mungkir janji), saya memohon maaf dan memohon ampun kepada Allah SWT dan Rasulnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Khalid ketika sesi penggulungan di Konvensyen Nasional Amanah 2018 di Hotel Casuarina, Ipoh hari ini mendakwa Nabi Muhammad SAW juga pernah tidak dapat menunaikan janjinya, apatah lagi manusia.

Kata-katanya itu adalah merujuk kepada situasi di mana kerajaan PH sehingga hari ini masih gagal melaksanakan manifesto mereka selepas pilihan raya yang lalu. 

Beliau berkata, kegagalan kerajaan menunaikan janji bukan disengajakan tetapi akibat kekangan semasa iaitu tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi. 

Kenyataan itu mengundang kritikan dan teguran pelbagai pihak.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Khalid sewajarnya menjaga ungkapan serta menyemak dengan teliti nas-nas atau riwayat khususnya apabila mahu berbicara mengenai Rasulullah SAW. 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula meminta pemimpin AMANH itu agar tidak terlalu rakus berpolitik sehingga mengheret Nabi SAW untuk menutupi kelemahan diri. -SuaraTv 

One thought on “Ungkapan ‘Nabi Pernah Tak Tunai Janji’, Khalid Mohon Ampun Pada Allah

  • December 17, 2018 at 9:00 am
    Permalink

    Jgn cuba2 permainkan nama junjungan kita nabi muhamad saw juga nama allah swt..trend kini suka2 je cakap persenda nama nabi ..dek lantaran politik dunia?? Kita tk bagus mana pun…tk hebat mana pun…tapi nabi muhammad telah allah swt akui kekasihnya..! Kita ni siapa?? Usah rasa diri bagus sgt ..baik dah pandai cerdik ??? Moga allah laknatkan korang2 yg persenda nama allah..nabi..rasul juga mereka2 yg telah perjuangkan syiar islam…dulu.. tk mcm skrg ilmu secupak rasa da hebat bagus?? Usah rasa sembahyang kita da mabrur??? Tk mana pun…!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.