Najib Terhibur Dengan Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad sepertinya menjadi perhatian yang konsisten hari ini.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyindir Khalid yang membuat kenyataan bahawa ada individu dari Qatar mahu melabur sebanyak RM1.6 trilion kepada projek kereta nasional ketiga.

Najib berseloroh berkata cukup terhibur dengan ‘jenaka’ Khalid seolah-olah Menteri Wilayah Persekutuan itu ‘menuntut’ ilmu daripada Menteri Pendidikan Dr MAszlee Malik.

“Terhibur. Dia belajar dengan Maszlee ni. Maszlee cuti ke?,” katanya sebagai pembuka kata menerusi Facebook.

Kemudian Najib mempertikaikan kenyataan Khalid dan curiga terhadap kesudian individu itu membuat pelaburan terhadap projek kereta nasional seterusnya cetusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Apa yang orang Qatar akan dapat sebagai pulangan?

“Mengapa begitu berminat dalam syarikat pengeluar kereta Malaysia ke-3, berbanding dengan peluang pelaburan otomotif lain di serata dunia?Pelik,” katanya lagi.

Tambahnya, kesudian individu sepatutnya digunakan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk memintanya membuat pelaburan terhadap perkara yang lebih besar seperti pengeluaran pesawat baru.

Justeru Najib menggesa Khalid untuk menjelaskan kenyataannya itu.

“Saya harap Khalid Samad boleh beri lebih banyak maklumat mengenai kenyataannya,” tambah beliau.

Khalid Samad yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) hari ini dalam konvensyen parti itu mendakwa Nabi pernah memungkiri janji , untuk mengaitkannya dengan tindakan kegagalan parti itu menunaikan semua manifesto pada pilihan raya yang lalu. -SuaraTv

2 thoughts on “Najib Terhibur Dengan Khalid Samad

  • December 17, 2018 at 10:40 am
    Permalink

    Bolih perli sindir je kau?? Esuk didapati salah ha duk lah dalam tirai besi perli lah sapa2??

    Reply
  • December 17, 2018 at 10:43 am
    Permalink

    Undang2 tak bolih lawan punya?? Bukti saksi cukup untuk tempah bilik ??? Kroni2 kuncu2 …. semua ada skandal??
    Rosak punah hancur??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.