Jika Singapura Pun Boleh Dijual, Inikan Pula Pulau Kukup?

1. Sejarah Kesultanan Johor berubah apabila Sultan Mahmood mati ditikam oleh Megat Seri Rama, Laksamana Bentan.

2. Peristiwa itu berlaku ekoran kezaliman Sultan membunuh Dang Anum , isteri Megat Seri Rama yang sedang hamil.

3. Makam ‘Sultan Mahmood
Mangkat Di Julang’ itu kini terletak di atas sebuah bukit di bandar Kota Tinggi, Johor.

4. Oleh kerana beliau tidak mempunyai waris atau zuriat , orang kampung di situ telah memilih seorang dari mereka yang kebetulan berdarah Bugis bergelar Temenggong sebagai ketua mereka yang baru dan akhirnya telah menggunakan gelaran Raja.

5. Inilah tipu helah pertama sehingga rakyat biasa yang pernah memegang jawatan Temenggong dipilih sebagai Raja atau Sultan sehinggalah ke hari ini.

7. Dalam tahun 1819 Sultan Hussein Mua’zzam Shah dianggat sebagai Sultan Johor yang baru.

8. Bagi mendapatkan sokongan dan pengiktirafan British, Raja Hussein telah menjual Pulau Singapura kepunyaan Johor itu kepada mereka.

9. Peristiwa hitam ini tercatit
dalam sejarah Johor dan Negara.

10. Jika ada mana – mana pihak yang menganjurkan rakyat atau ‘Bangsa’ Johor mengkaji sejarah Johor, maka peristiwa ini tidak boleh diketepikan.

11. Pesanan akhir Megat Seri Rama ‘ RAJA ADIL RAJA DI SEMBAH , RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH’ harus dijadikan pengajaran.

12. Tindakan – tindakan liar dan buas Sultan Mahmmod Iskandar , bapa kepada Sultan Johor sekarang dengan mencedera, menzalimi malah membunuh rakyat
sesuka hati itulah yang menyebabkan Tun Dr. Mahathir bertindak.

13. Kini Sultan Johor , anaknya dan beberapa Sultan yang lain cuba menutup pekong yang mereka lakukan dengan alasan Kerajaan PH hari ini akan menghapuskan Institusi Raja.

14. Menegur dan menasihatkan supaya Raja – Raja menghormati pemimpin dan rakyat dan menghormati Perlembagaan dan Undang – Undang dan Agama Islam tidak bermakna Kerajaan hendak menghapuskan Institusi Raja.

15. Jika sekiranya Raja – Raja menggangap diri mereka ‘perfect’ atau ‘maksum’ yang tak boleh di nasihat dan ditegur, maka inilah bermulanya kehancuran Instutusi Raja itu sendiri.

16. Sekali lagi saya anjurkan agar Majlis Raja – Raja yang bersidang setiap tahun membincangankan peranan dan tanggungjawab dan tingkah laku mereka sendiri.

17. Rakyat hari ini sedang memerahati segala tingkah laku Raja DAN keluarga mereka.

18. Penolakan rakyat kepada UMNO / BN terutamanya diJohor baru – baru ini adalah lampu isyarat kepada Sultan dan anaknya itu.

19. Jika itu pun mereka tak faham atau buat – buat tak faham maka ini membawa makna rakyat atau bangsa Johor mempunyai Sultan dan bakal Sultan yang tak berapa cerdik atau ALLAH SWT telah menutup mata dan hati mereka.

20. Baru – baru ini negara dikejutkan dengan pemindahan Taman Negara Pulau Kukup dari Hak Milik Kerajaan ke Tanah Kesultanan atau Sultanate Land.

21. Mengikut undang – undang seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin, bekas Menteri Besar yang bertanggungjawab mewartakan Pulau itu, apabila Hak Milik bertukar tangan maka Sultan boleh berbuat apa sahaja aktiviti dan mengenakan berbagai syarat atau akhirnya boleh menjual Pulau tersebut kepada pelabur Singapura atau China seperti yang pernah dilakukan oleh keturunan beliau apabila menjual Pulau Singapura, hak asal Johor kepada British dahulu. Lihat saja kepada projek raksasa Forest City, berapa ramai anak tempatan yang mampu membelinya.

22. Mengikut Enakmen status Pulau Kukup sebagai Taman Negara gugur apabila ia diwartakan sebagai Tanah Kesultanan atau Sultanate Land ; ini bercanggah dengan jaminan Sultan Johor sendiri apabila beliau mengatakan status Pulau itu dikekalkan walaupun berpindah milik.

23. Begitu juga alasan yang diberi oleh anaknya bahawa tujuan memindahkan Hak Milik Pulau tersebut bagi memelihara dan melindungi kedaulatan tanah berkenaan.

24. Jika itulah alasannya, bukankah baik diserahkan sahaja keseluruhan tanah Johor menjadi Sultanate Land?

25. Perkara ini telah saya bangkitkan dalam tulisan saya baru – baru ini bertajuk “ROMPAKAN DI SIANG HARI , SERAHKAN SAHAJA SETIAP INCI TANAH KEPADA SULTAN”.

26. Apakah tujuan dan muslihat sebenar Sultan dan anakya MEMAKSA Kerajaan Negeri MEMINDAHKAN Hak Milik dari Negeri kepada mereka?

27. Ada laporan yang menyatakan
Pulau tersebut kaya dengan emas dan lain hasil maksul bumi.

28. Dalam perkara Pulau Kukup ini terbukti bukan sahaja Menteri Besar , EXCO , Setiausaha Kerajaan Negeri , Pengarah Tanah dan Galian dan Pegawai Undang – Undang takut kepada Sultan dan anaknya malah mereka boleh dianggap BERSEKONGKOL dengan dua orang itu.

29. Walaupun sudah Pindah Milik dan dibatalkan Warta tersebut namun jika mereka yang diamanahkan rakyat masih sayangkan Negeri dan rakyat Johor, maka Kerajaan Negeri melalui MB dan EXCOnya dan Dewan MASIH BOLEH MEMBATALKAN kelulusan awal itu.

30. Yang membuang Kerajaan Negeri UMNO / BN ialah rakyat, dan yang memberi peluang Osman Sapian sebagai Menteri Besar , barisan EXCO dan ADUN yang lain ialah rakyat Johor juga.

31. Jangan jadi sepert “Kacang Lupakan Kulit ” , “Dah Menyeberang Tongkat Mahu Dibuang”.

32. MB dan EXCO berkhidmat untuk kepentingan negeri dan rakyat BUKAN nak bertindak apa sahaja kehendak Istana.

33. Perlu diingatkan sekali lagi kepada Osman Sapian , EXCO dan ADUN dan Pegawai – Pegawai Kerajaan, Sultan BUKAN Tuhan atau Malaikat atau keturunan Dewa – Dewa dan Jin yang kita perlu takuti.

34. Sultan dan anaknya juga TERTAKLUK kepada Perlembagaan dan Undang – Undang.

35. Jika sekiranya tidak ada tindakan membatalkan kelulusan tersebut dalam masa terdekat ini maka adalah lebih baik GANTIKAN SAHAJA beliau kepada sesiapa yang benar – benar berjiwa rakyat – atau rakyat buangkan sahaja Kerajaan Negeri ini yang sudah seperti kacang lupakan kulit.

36. Jika Sultan berjiwa besar dan mengamalkan sikap Mahmudiah dan sayangkan Negeri dan ‘Bangsa’ Johor PULANGKAN saja Pulau Kukup itu kepada Kerajaan Negeri TANPA MEMINTA sebarang pampasan dan gantian dengan tanah yang lain.

37. Harta kekayaan Sultan Johor dan keluarganya yang dianugerah ALLAH SWT jika dikumpulkan ia mungkin lebih tinggi dari Bukit Layang – Layang.

38. Semoga pandangan saya ini dapat berkongsi bersama oleh Sultan, MB, EXCO dan lain – lain.

Terima Kasih.

 

Hasil tulisan Tamrin Tun Ghafar.

8 thoughts on “Jika Singapura Pun Boleh Dijual, Inikan Pula Pulau Kukup?

  • December 16, 2018 at 1:02 pm
    Permalink

    Ada beberapa fakta yg dinyatakan tidak tepat. Yang menulis ini bukan ahli sejarah. Coretan itu lebih kepada politik semasa.

    Reply
    • December 16, 2018 at 10:49 pm
      Permalink

      Sdr MelayuBugis, ada baik Sdr panjangkan komen mana yg tak betul disini? kenapa main komen tapi tak ada fakta? Sdr Tamrin sebagaimana Arwah Bapak dia,sangat berani menegur Sultan2 dizaman UMNO King of Cash, sejarah telah menulis bahawa Tun Ghafar yg menegur Manjis Raja2 mengenai masa depan Raja2 jika mereka tidak berubah.

      Tidak semua Raja yg masih khayal dengan kerakuran yang UMNO kurniakan dan tak pernah menegur, Sultan Perak Alhamdulillah, Negeri saya lahir, kami sangat bangga dengan sikat beliau mutakhir ini, penyelamat kepada Raja2 Melayu yang sepatutnya menjadi Ketua Agama Islam Negeri2.

      Reply
    • December 17, 2018 at 12:21 pm
      Permalink

      jika sdr kata penulis ini bukan ahli sejarah dan beberapa fakta yg diberikan adalah tidak tepat, maknanya sdr mestilah pakar sejarah, kan?

      kalau begitu, untuk membantu kami pembaca yg kurang tahu, tolonglah tunjukkan fakta2 yg mana yg tidak betul serta berikan pembetulan/fakta2 yg betul dgn sokongan bukti/dalil.

      Reply
  • December 16, 2018 at 7:58 pm
    Permalink

    Item No.4 berkaitan pengganti Sultan Mahmud Mangkat dijulang, bukan keturunsn Temengung tetapi Bendahara Seri Mahsraja, Tun Habib Abdul Jalil. keturunan ini berakhir dgn kematian Sulltan Ali, barulah Temengong Abu Bakar diiktiraf Britidh sbgi Maharaja Johor moden menggantikan kerajaan Johor Lama berpusat di Rhio. Temenghong Abu Bakar ini, keturunanya bermula apabila Tengku Tengah anak Tun Habib Abdul Jalil (pengganti Sultan Mahmud) berkahwin dgn Daeng Parani, salah seorang anak Raja Bugis, Daeng Tundreburung kerana membalas budinya menghalau Raja Kecil dari Siak yg mengaku sbgai anak Sultan Mahmud. Dari sinilah, berpuncanya keturunan Temenggung. Cucu Tengku Tengah, Temenggong Daeng Ibrahim membantu British, berkomplot memujuk Sultan Hussin Shah menjual Singapura. Di atas jasanya ini, British mengiktiraf anaknya Temenggong Daeng Abu Bakar sebagai Maharaja Johor. Sultan Johor yg sebenar keturunan Bendahara terakhir ialah Sultan Ali.

    Reply
  • December 17, 2018 at 8:19 am
    Permalink

    Bila org muflis berbicara…kasihan.

    Reply
    • December 18, 2018 at 2:59 pm
      Permalink

      Sssshalim, biar lswan dengan fakta. Jangan serang peribadi..kalau awak tak setuju dengan fakta..

      Reply
  • December 21, 2018 at 3:02 pm
    Permalink

    DAULAT TUANKU! PATIK PACAL YANG HINA DINA SENTIASA BERSAMA TUANKU KERANA INSTITUSI RAJA MERUPAKAN BENTENG TERAKHIR YANG MEMPERTAHANKAN ISLAM DAN MELAYU / BUMIPUTERA SERTA KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN DI NEGARA INI.
    JANGAN SESEKALI DIUNGKIT AKAN SALISAH KETURUNAN RAJA-RAJA MELAYU SETELAH TERBENTUKNYA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DAN MAJLIS RAJA-RAJA PADA TAHUN 1948. SESUNGGUHNYA PERBUATAN TERSEBUT DILIHAT SEPERTI MELAGA-LAGAKAN SESAMA KERABAT DIRAJA DAN BOLEH MENGUNDANG PERPECAHAN DI KALANGAN MEREKA DAN AKHIRNYA BANGSA MELAYU JUGA YANG AKAN RUGI SEMENTARA BANGSA LAIN AKAN BERSORAK GEMBIRA.
    BIARLAH KESEMUA 9 RAJA-RAJA MELAYU BERSEMAYAM DI ATAS TAKHTA KERAJAAN NEGERI MASING – MASING SEHINGGA KE AKHIR ZAMAN. PATIK PACAL YANG HINA DINA SENTIASA BERDOA AGAR KE BAWAH DULI-DULI TUANKU SENTIASA BERADA DI NAUNGI OLEH PAYUNG RAHMAT ALLAH UNTUK MENJALANKAN PEMERINTAHAN YANG ADIL LAGI SAKSAMA.
    DAULAT TUANKU!

    Reply
  • April 10, 2019 at 2:21 am
    Permalink

    benarkah melayu hina tanpa raja? bagaimana melayu melayu lain yg ada d nusantara? hinakah mereka?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.