Ke Mana Hilang Duit RM340 Juta Milik PKNS, Jamal Tanya Azmin Ali

AMPANG – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos meminta penjelasan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkenaan wang berjumlah RM340 juta yang didakwanya ‘hilang’ daripada akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Kepada Azmin Ali saya mahu bertanya malam ini, kemana perginya RM340 juta dari akaun PKNS yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan perumahan negeri Selangor?

“Kalau kita lihat banyak tanah-tanah yang sepatutnya dibangunkan oleh PKNS telah diambil alih oleh syarikat-syarikat lain. Sepatutnya PKNS lah yang membangunkan tanah-tanah ini,” dakwa Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu.

Jamal bertanyakan soalan tersebut dalam satu program bual bicara berkenaan isu-isu semasa dalam negeri Selangor di pejabat NGO pimpinannya disini malam ini.

Dalam program bertajuk Selangor Di Era Aiskrim itu, Jamal turut menasihati Azmin agar menerima teguran dan saranan daripada Istana Negeri Selangor supaya memperkasakan semula PKNS demi kepentingan Melayu.

“Azmin Ali sepatutnya menerima teguran daripada baginda Sultan Selangor supaya memperkasakan kembali PKNS. PKNS ini penting kerana merupakan agenda orang Melayu dan DAP pula tak suka perkara ini,” dakwanya lagi. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.