Video: Hakim Dikecam, Angkat Sumpah Guna Al-Quran

Rakaman seorang hakim wanita, Carolyn Walker Diallo mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran mengundang kemarahan oleh pengguna laman sosial khususnya dari Amerika Syarikat.

 

Berdasarkan rakaman video yang disebarkan, Carolyn yang merupakan graduan New York Law School tidak menggunakan kitab Bible atau perlembangaan Amerika seperti yang biasa diamalkan untuk mengangkat sumpah bagi sebarang prosedur mahkamah.

 

 

Prosedur angkat sumpah itu diadakan di Brooklyn Borough sempena perlantikan beliau sebagai hakim mahkamah civil.

 

Rakaman video yang dimuat naik itu telah membangkitkan pelbagai komen negatif yang berbaur rasis.

 

Paling mengejutkan ada yang bertindak melampaui batas yang menggesa agar kerajaan Amerika membakar al-Quran.

 

“Bakar (kitab) al-quran tersebut, pergi mampus dengan Islam! pergi mampus dengan Muhammad” kata Ashleytravis Hendrix dalam komen yang dimuat naik.

 

Sementara itu Randu Helms mempertikaikan penggunaan Al-quran untuk mengangkat sumpah.

 

“Bagaimana tindakan mereka mengangkat sumpah mengunakan kitab selain Bible boleh diterima?” tulisnya pula.

 

Malah ada yang mendoakan agar hakim tersebut ditimpa kecelakaan.

 

“Saya harap dia dilanggar keretapi atau apa sahaja sebelum dia mula melakukan kerosakka” ujar Keith Heatherly.

 

Terdahulu, Sheila Abdus-Salaam, telah dilantik sebagai hakim wanita islam yang pertama pada tahun 1992 dan ketika ini masih berkerja di mahkamah tinggi New York. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.