Trump Calon Huru Hara – Bush

LAS VEGAS – Gabenor Florida, Jeb Bush, berkata Donald Trump seorang calon yang huru-hara dan akan menjadi Presiden yang huru-hara.

 

Katanya, walaupun mungkin dia dihebat dengan kelantangannya namun disitulah kelemahannya, beliau berkata demikian kepada pendahulu Republikan itu pada debat presiden.

 

Republikan kelima, di Las Vegas, semalam. Trump mempertahankan kempen provokatif beliau mengharamkan orang Islam datang ke Amerika Syarikat dalam debat presiden malam semalam, namun rancangannya dianggap tidak serius oleh pesaingnya sekali gus menggariskan pendekatan mereka sendiri untuk mencegah serangan di Amerika Syarikat.

 

Senator Florida, Marco Rubio pula berkata, cadangan Trump, tidak akan berlaku. Trump sebaliknya menegaskan beliau tidak mendiskriminasi umat Islam. “Kami bukan bercakap mengenai pengasingan, sebaliknya kami berbicara mengenai keselamatan. Kami tidak bercakap mengenai agama, sebaliknya bercakap mengenai keselamatan,” katanya.

 

Perbahasan semalam adalah yang pertama bagi Republikan sejak serangan di Paris dan San Bernardino, California, yang sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai keganasan di Amerika Syarikat.

 

Beberapa jam sebelum perbahasan dimulakan, pihak berkuasa Los Angeles menutup semua sekolah selepas menerima ancaman melalui e-mel, yang kemudiannya disahkan sebagai satu penipuan. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.