Militan IS Keluar Fatwa Bunuh Bayi, Kanak-Kanak Cacat

MOSUL – Kumpulan militan Negara Islam (IS) telah mengeluarkan satu fatwa yang mengarahkan ahlinya membunuh bayi atau kanak-kanak menghidap sindrom Down dan kecacatan lain.

 

Hindustan Times memetik kenyataan Mosul Eye, sebuah kumpulan aktivis Iraq sebagai berkata, IS telah membunuh 38 bayi dan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan.

 

Mangsa-mangsa itu berumur seminggu hingga tiga bulan.

 

Menurut laporan beberapa portal berita, fatwa lisan itu dikeluarkan Abu Said Aljazrawi, seorang hakim syariah IS.

 

“Kami mempertahankan apa yang disiarkan di laman web kami, setiap perkataan dalamnya,” kata seorang blogger di Mosul Eye kepada Hindustan Times.

 

“Mereka dibunuh menggunakan suntikan maut atau lemas. Ada pembunuhan yang berlaku di Syria dan Mosul,” demikian catatan yang dimuat naik Mosul Eye ke Facebook.

 

“…anda tidak tahu bagaimana kami hidup! Ia kehidupan yang teruk. ISIL ialah geng-geng kejam…tidak berperikemanusiaan dan pengganas…mereka telah bunuh ahli-ahli sendiri yang tidak boleh dirawat dari segi perubatan,” kata seorang penduduk Mosul, Omar Aliraqi ketika menjawab catatan di Facebook.

 

Ada di kalangan pengguna Facebook menyamakan tindakan itu kepada Nazi yang membunuh kanak-kanak kelainan upaya, kerana ia merupakan “beban kepada negara”. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.