Kereta Terbabas, Dua Sahabat Terselamat

KUALA LUMPUR – Dua sahabat terselamat apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan terbalik di tengah jalan berhampiran Kayangan Height, di sini, malam tadi.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, kedua-dua mangsa lelaki berusia 20-an itu dipercayai dari Puncak Alam menuju ke Subang sebelum kenderaan mereka gagal dikawal dan terbabas. Seorang daripada mangsa cedera di kepala, manakala seorang lagi mangsa hanya cedera ringan.

 

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) oleh Pasukan Penyelamat dan Paramedik (EMRS) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.