Isu Rasuah Balak Di Kelantan Masih Dalam Siasatan – SPRM

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan agensi itu masih menjalankan siasatan ke atas dakwaan salah laku rasuah pembalakan bernilai RM5 juta di Kelantan.

 

Menurut kenyataan SPRM hari ini memberitahu agensi itu memerlukan sedikit masa untuk melengkapkan siasatan tersebut.

 

“SPRM telah mengambil tindakan terhadap laporan yang dibuat oleh pihak terbabit.

 

“Sementara siasatan masih dikendalikan, SPRM berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan,” katanya kenyataan itu kepada Sinar Online, hari ini.

 

Terdahulu Sinar Online melaporkan seorang pengundi muda dari Kelantan, Mohd Afiq Ayob berasa kecewa apabila SPRM didakwa tidak menyiasat laporannya mengenai isu rasuah pembalakan bernilai RM5 juta di negeri itu.

 

Kenyataan itu turut mengingatkan mana-mana pihak yang pernah membuat laporan kepada SPRM dan ingin mengetahui status siasatan, mereka boleh terus menghubungi agensi itu.

 

“SPRM percaya usaha pencegahan rasuah dapat dilaksanakan dengan berkesan sekiranya setiap anggota masyarakat bekerjasama dengan SPRM,” kata kenyataan itu lagi.

 

Menurut kenyataan itu lagi, SPRM bertanggungjawab untuk menyiasat setiap kes rasuah mengikut undang-undang yang sedia ada dengan bebas, telus dan profesional, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.