10 Pusat Pemindahan Baharu Dibuka

SHAH ALAM – Sepuluh pusat pemindahan dibuka sehingga pukul 9 pagi tadi di seluruh negeri ini yang menempatkan kira-kira 660 orang mangsa daripada 168 keluarga, kata Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul.

 

Katanya, keadaan banjir di beberapa daerah di negeri ini bertambah buruk apabila lebih ramai mangsa dan pusat pemindahan baharu di buka sejak lewat petang semalam.

 

“Daripada 10 buah pusat pemindahan tersebut, dua pusat pemindahan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu Dewan Merak, Sekolah Kebangsaan Meru, Klang seramai 208 mangsa daripada 52 keluarga dan di Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Kuala Selangor seramai 135 mangsa daripada 28 keluarga.

 

“Manakala, di Balai Raya Kampung Bukit Kuching menempatkan 29 mangsa daripada 11 keluarga, Surau Ladang Tuan Mee menempatkan 40 orang mangsa daripada 12 keluarga dan Surau At-Taufikiah, Puncak Alam menempatkan tujuh mangsa daripada lima keluarga,” katanya, lapor Kosmo.

 

Mohd. Sani berkata, pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Kapar dan Sekolah Rendah Kampung Asahan, Kampung Seri Sentosa masing-masing menempatkan 58 dan 56 orang mangsa banjir.

 

Menurutnya, tiga lagi pusat pemindahan yang dibuka iaitu di Dewan Taman Gemilang, Dengkil, Dewan Orang Ramai Genting Sanyen dan Surau di Labu Lanjut menempatkan kira-kira 127 orang mangsa banjir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.