Saman: Terima Kasih JPJ, Saya Orang Susah

Kuala Lumpur – Seorang ibu tunggal yang sebelum ini disaman kerana melakukan kesalahan jalan raya tidak dapat menahan rasa sebak apabila Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) meluluskan permohonannya untuk mengurangkan kompuan yang perlu dibayar.

Prema, 53, ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi mengucapkan terima kasih atas keprihatinan JPJ khususnya untuk golonagn yang tidak berkemampuan seperti dirinya.


“Terima kasih kepada JPJ yang memahami masalah keluarga saya.

“Saya orang susah, suami dah tak ada mana nak cari duit untuk bayar saman” ujarnya yang kesedihan.

Menurut Prema  keseluruhan saman yang dikenakan keatasnya berjumlah RM1,400.00 namun

“Saya tahu saya salah (kerana melanggar peraturan), tapi saya sudah berjanji dengan Datuk (Ketua Pengarah JPJ) untuk tidak ulang kesalahan tersebut.

“Sebab bila nama telah disenaraihitamkan, sukar untuk saya mohon lesen dan mencari rezeki” ujarnya lagi.

Seterusnya Lingam, 48, menjelaskan sebagai pemandu bas kilang beliau perlu mematuhi masa yang telah ditetapkan oleh majikan bagi memastikan semua pekerja dapat dihantar tepat pada masanya.

“Saya sedar kesilapan yang dilakukan sebelum ini dan bernjanji tidak akan mengulanginya.

“Tindakan saya yang ingin segera sampai ke tempat kerja itu boleh menyebabkan kemalangan dan membahayakan nyawa pemandu lain” katanya.

Sementara itu Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad ketika ditemui berkata aktiviti yang dilakukan ini adalah merupakan sebahagian daripada program khidmat masyarakat JPJ kepada orang ramai.

Menurutnya ia telah dilaksanakan hampir setahun setengah yang memberi tumpuan kepada golongan susah dan tidak berkemampuan seperti pemandu teksi, ibu tunggal bekas banduan, pelajar dan sebagainya.

“Bukan semua yang hadir diberikan pengurangan kompuan, tapi saya akan teliti dan temuduga setiap orang yang datang sebelum membuat pertimbangan.

“Saman akan tetap dikenakan, tapi kita akan beri penggurangan” katanya ketika ditemui SuaraTV petang tadi.

Ismail turut menjelaskan walaupun mereka ini jelas melanggar peraturan jalan raya yang ditetapkan namun atas dasar prihatin mereka perlu diberi peluang untuk berubah demi untuk meneruskan kehidupan seharian.

“Sekiranya mereka tidak mampu membayar (kompaun yang ditetapkan) dia tak boleh renew (memperbaharui) lesen dan roadtax sedangkan dia memerlukan kenderaan motosikal sebagai contoh untuk meneruskan kehidupan.

“Mereka perlu pergi bekerja, hantar anak ke sekolah dan sebagainya tapi sekiranya tiada roadtax dan lesen bagaimana dia nak bergerak” ujar beliau lagi.

Ismail turut menjelaskan program khidmat masyarakat ini diadakan pada setiap hari Selasa bermula dari pukul 2.30 hingga 5.30 petang.

3 thoughts on “Saman: Terima Kasih JPJ, Saya Orang Susah

  • December 18, 2014 at 7:46 am
    Permalink

    Assalammualaikum dan slm sejahtera..terima kasih tuan jpj kerana prihatin kepada rakyat yg susah..disini saya ada cadangan jika dapat dipertimbangkan..pada pendapat saya, tujuan dikenakan saman adalah untuk mendidik pemandu supaya mematuhi undang2..apa kata jika jpj membuat satu tawaran begini ‘jika pemandu yang ada rekod saman yg banyak, dapat dikurangkan saman tersebut jika pemandu tersebut tidak melakukan sebarang kesalahn saman dalam tempoh 2 tahun/3tahun misalnya’..pada khemat saya tawaran seperti ini lebih baik untuk membantu pemandu yg melakukan kesalahan supaya berubah daripada memberi saman saban hari..ini hanya pendapat yg Ikhlas dr rakyat yg miskin seperti saya..

    Reply
  • December 18, 2014 at 2:07 pm
    Permalink

    Peraturan adalah sesuatu yg baik untuk menjaga keseluruhan masyarakat…melanggar peraturan memang tidak elok tetapi mungkin dalam sesuatu keaadaan , pemandu tahu dia salah tetapi terpaksa melakukannya . Saya setuju kalau untuk sekali atau dua kesalahan di lakukan, perlu ada pertimbangan daripada pihak berwajib…tapi kalau dah berkali-kali itu macam satu tabiaat. Apa pun , syabas JPJ kerana perihatin dalam hal ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.