RM 80,850 Ribu Lesap, Juruteknik Maybank Dipenjara Seminggu

Kuala Lumpur – Seorang bekas juruteknik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank dipenjara seminggu dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana mencuri RM80,850 daripada mesin itu.

Hakim Nor Sharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Hamdan Abu Hussin, 27, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah hari ini. Hamdan boleh dihukum penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda itu.

Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Nor Shahridah berkata mahkamah mengambil kira kepentingan awam walaupun tertuduh tidak mempunyai sabitan lampau.

Pada 25 Mac lalu, Hamdan mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan di ruang legar Bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Presint 2, Putrajaya pada 3.20 petang, 7 Mac 2014. Berdasarkan fakta kes, pada 9 Mac 2014 pihak Safeguards menerima maklumat mengenai kehilangan wang anggaran RM80,000 di mesin ATM Maybank di JPN Putrajaya.

Pemeriksaan awal di tempat kejadian keesokannya mendapati pintu keselamatan ATM dibuka tanpa menggunakan kunci dan terdapat kesan patah pada ‘extra bar’ serta kesan calar di bahagian badan serta pintu keselamatan mesin itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.