Port Dickson Anjur Bola Sepak Pantai 1MALAYSIA

Port Dickson – Persatuan Bola Sepak Daerah Port Dickson akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Pantai Sepanjang Malam 1Malaysia 2014.

Pertandingan berkenaan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Shell Refining Company (FOM) Bhd, Port Dickson akan diadakan di Pantai Saujana, di sini pada 31 Disember ini.

Yang DiPertua MPPD, Datuk Ab Khalid Mat berkata kejohanan itu akan bermula dari 8 malam (31 Disember) dan berakhir pada 10 pagi keesokannya (1 Januari).

“Ini adalah penganjuran kali kelima yang antara lain bertujuan memupuk minat dalam kalangan belia terhadap aktiviti sukan bagi menghindari mereka daripada aktiviti tidak bermoral.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai se RM4,500, piala pusingan, piala iringan dan hadiah kepada juara.

Naib juara akan menerima RM2,500, tempat ketiga RM1,500 dan tempat keempat RM1,000 manakala wang tunai RM500 diberi kepada pasukan layak ke pusingan suku akhir.

Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Daerah Port Dickson, MPPD dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson selain dimuat turun di laman web MPPD (www.mppd.gov.my).

Keterangan lanjut boleh diperoleh daripada Ahmad Zabrin Zainal di talian 017-3009843 dan Hamdan Ab Aziz di talian 016-6509949.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.