Polis Buru Lelaki Bersenjata Berpakaian Seragam Tentera

New York – Polis memburu seorang lelaki bersenjata disyaki membunuh enam orang dan mencederakan yang lain dalam siri tembakan berhampiran bandar AS timur laut Philadelphia, lapor AFP.

Semua tujuh mangsa itu mempunyai “hubungan kekeluargaan” kepada suspek yang dikenali sebagai Bradley William Stone berusia 35 tahun, kata pendakwa di Montgomery County, Pennsylvania.

Polis berkata Stone yang mungkin memakai seragam tentera perlu diandaikan sebagai “bersenjata dan berbahaya” maka orang ramai diberitahu untuk tinggal di rumah mereka.

Gambar Stone yang menunjukkan dia berambut merah, berjanggut dan bermisai dikeluarkan kepada orang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.