Pelacuran Malaysia Tangga Ke-8 Teramai Di Dunia

Kuala Lumpur – Amat mengejutkan apabila Malaysia turut tersenarai antara negara Asia yang mempunyai bilangan pekerja seks atau pelacur paling ramai di dunia.

Laporan tersebut dikeluarkan Portal Liveandinvestoverseas.com baru-baru ini mendedahkan sepuluh negara di seluruh dunia mempunyai bilangan pekerja seks teramai untuk setiap 10,000 penduduk.

Difahamkan, setiap tahun dianggarkan 3 juta masyarakat menggunakan perkhidmatan pelancongan untuk tujuan seks dan angka ini dijangka terus meningkat.

Daripada data yang dikumpul portal tersebut, berikut adalah sepuluh negara yang mempunyai bilangan pekerja seks tertinggi:

 

1. Venezuela

Bilangan : 119 pekerja seks setiap 10,000

Keadaan ekonomi yang lemah di negara ini telah meningkatkan bilangan pelacur. Namun, hanya 20 peratus daripada pekerja seksual ini sebenarnya dilahirkan di Venezuela. Difahamkan, pelacuran di Venezuela adalah sah di sisi undang-undang dan dikawal selia.

 

2. Korea Selatan

Bilangan : 110 pekerja seks setiap 10,000

Bukan saja perkembangan ekonomi dan industri muzik berkembang di Korea Selatan tetapi perdagangan seks di negara itu juga dilihat terus meningkat meskipun terdapat sekatan undang-undang.

 

3. Peru

Bilangan: 102 pekerja seks setiap 10,000

Industri pelacuran di Peru juga adalah sah mengikut undang-undang untuk wanita berumur lebih 18 tahun jika mereka berdaftar dengan pihak berkuasa dan menunjukkan sijil kesihatan.

 

4. Filipina

Bilangan: 85 pekerja seks setiap 10,000

Pelacur di negara ini memakai tag ID “bargirl” di tempat awam dan sentiasa diuji dengan saringan STD.

 

5. Nigeria

Bilangan: 63 pekerja seks setiap 10,000

Statistik terkini pasaran pelancongan seks untuk wanita dewasa dari negara barat yang bercerai semakin meningkat di Nigeria.

 

6. China

Bilangan: 60 pekerja seks setiap 10,000

Pelacuran adalah haram di China tetapi ia dianggarkan menyumbang sebanyak lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan negara itu.

 

7. Brazil

Bilangan: 53 pekerja seks setiap 10,000

Perkhidmatan pelacuran secara peribadi (seks untuk wang) di Brazil adalah sah di sisi undang-undang, tetapi ia menyalahi undang-undang untuk menjalankan perniagaan pelacuran atau mengambil pelacur dalam apa-apa bidang sekalipun.

 

8. Malaysia

Bilangan: 52 pekerja seks setiap 10,000

Malaysia telah diletakkan Amerika Syarikat di dalam senarai hitam dalam kalangan negara yang mempunyai kes paling teruk isu permerdagangan manusia dan penyalahgunaan hak asasi manusia termasuk pelacuran kanak-kanak.

 

9. Jerman

Bilangan: 49 pekerja seks setiap 10,000 orang

Tidak seperti negara Kesatuan Eropah lain, aktiviti pelacuran di jalanan yang tersebar luas dan teratur adalah sah di sisi undang-undang di Jerman.

 

10. Thailand

Bilangan: 45 pekerja seks setiap 10,000 orang

Pelacuran sebenarnya menyalahi undang-undang di Thailand tetapi ia boleh ditoleransi masyarakat tempatan dan menjadi sebahagian perniagaan pelacuran yang dikawal selia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.