Pas Keluarkan Pekeliling Rasmi Arahkan Pemimpin Semua Peringkat Tidak Sertai PasMa

Kuala Lumpur – PAS mengarahkan semua pemimpin di setiap peringkat untuk tidak melibatkan diri dengan PasMa dan meminta dihentikan segera penyebaran maklumat yang tidak tepat.

Pekeliling rasmi parti yang ditandatangani Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali menyatakan bahawa PAS melalui Jawatankuasa Kerja akan memantau kegiatan PasMa dari masa ke semasa.

”Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bersetuju menerima pakai nasihat Majlis Syura Ulama (MSU) agar pimpinan PAS di semua peringkat tidak melibatkan diri dengan PasMA,” jelas pekeliling itu.

Parti itu juga menyatakan, satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Naib Presiden, Salahuddin Ayub akan mengadakan pertemuan dengan pertubuhan yang dikenali sebagai Geng Ustaz bagi tujuan pemantauan ke atas PasMa.

PAS melalui pekeliling itu turut memberi peringatan kepada pengamal media baru ”daripada ahli PAS supaya menghentikan kegiatan-kegiatan menyebarkan maklumat yang tidak tepat atau berunsur fitnah dalam laporan yang dimuatnaik di dalam blog, Facebook dan seumpamanya.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.