McDonalds Henti Jual Pada Orang Gemuk

Mulai 1 Januari ini, restoran makanan segera terkenal seluruh dunia, Mcdonald dikhabarkan akan menghentikan penjualan kepada pelanggan yang mengalami berat badan yang berlebihan.

Perlaksanaan yang dikira agak sedikit bias ini sebenarnya adalah bertujuan untuk menyedarkan pengguna yang mengalami masalah obesiti dan ia mungkin dilihat hanya berkuat kuasa di negara Uncle Sam buat masa ini.

Menurut mereka, kadar obesiti di Amerika Syarikat meningkat dua kali ganda sejak dua dekat lalu dan ia menjadi masalah kesihatan yang semakin serius kerana lebih dua pertiga daripada penduduknya mengalami tersebut.

Menurut laporan, mulai 1 Januari 2015 pihak Mcdonal tidak lagi melayan pelanggan yang mempunyai berat lebih daripada 77kg untuk wanita manakala 111kg untuk lelaki.

Walaubagaimanapun, sukatan bagi kanak-kanak pula adalah berbeza kerana ia bergantung kepada umur dan ketinggian.

Pihak Mcd melaksanakan sistem penimbang seperti gambar dibawah, setiap pelanggan harus berdiri di atas penimbang semasa membuat pesanan.

Namun sehingga tiada sebarang pengesahan rasmi dari pihak McDonalds Malaysia berhubung perlaksanaan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.