Liga Juara-Juara : Chelsea vs PSG, Barca vs Man City, Arsenal vs Monaco

Nyon – Manchester City diundi menentang Barcelona dalam Liga Juara-Juara peringkat 16 terakhir untuk tahun kedua berturut-turut, lapor BBC.

Chelsea akan bermain menentang Paris St-Germain, manakala Arsenal menghadapi Monaco dalam permainan yang akan berlangsung bulan Februari dan Mac.

Juara bertahan Real Madrid akan hadapi Schalke, dan Atletico Madrid menentang Bayer Leverkusen.

Bayern Munich bermain Shakhtar Donetsk, Juventus hadapi Borussia Dortmund, manakala Basel menentang Porto.

Undian bagi peringkat 16, diadakan di ibu pejabat UEFA di Nyon, Switzerland.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.