Konstabel Polis Mati Tergantung Di Slim River

Tanjung Malim – Seorang konstabel polis ditemui mati dipercayai dalam keadaan tergantung di rumahnya di Jalan Indah, Bandar Baru, Slim River, hari ini.

Mayat anggota Cawangan Khas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim berusia 24 tahun itu ditemui pada pukul 7 pagi.

Difahamkan, si mati yang bertugas di IPD berkenaan sejak Disember 2012 tinggal di rumah berkenaan bersama tiga rakan sekerjanya.

Mayatnya dibawa ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.