Kalimah Allah : Dimana Pas Yang Lantang Pertahankan Islam? Sudah ‘Hilang Taring’? – Armand

Kuala Lumpur – Exco Pemuda Umno Malaysia Arman Azha Abu Hanifah mempersoalkan di mana hilangnya PAS yang lantang menentang sebarang usaha menghina dan menganggu-gugat kesucian Islam namun senyap membisu dalam polemik kalimah Allah di Pulau Pinang.
Beliau menegaskan PAS yang sebelum ini lantang mempertahankan Islam seolah-olah ‘hilang taring’ dalam perkara itu apabila ia membabitkan kepimpinan DAP.
Ini kerana jelas Arman Azha, kepimpinan utama PAS dilihat tidak tampil membidas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini berhubung penggunaan kalimah Allah.
“Persoalannya sekarang mudah sahaja, di mana PAS dalam isu ini?
“Di mana PAS dalam isu apabila saudara Lim Guan Eng mula mengeluarkan kenyataan ini sedangkan kenyataan tuan guru (Datuk) Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) mengatakan tidak setuju kalimah Allah digunakan oleh yang bukan Islam,” katanya kepada Antarapos.
Ekoran kenyataan Guan Eng itu, bekas Ketua Wira Perkasa ini turut mempersoalkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat terutamanya dari aspek menghormati komponen yang lain.
“Adakah menunjukkan DAP tidak menghormati keputusan yang dikeluarkan pemimpin PAS terutamanya mursyidul am itu sendiri.
“Mana kepimpinan PAS sekarang dalam isu mempertahankan kalimah Allah? soalnya.
Beliau diminta mengulas mengenai Guan Eng, yang dilaporkan beberapa portal berita, memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.
Setiausaha Agung DAP itu dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.
Kenyataan terbaru Guan Eng itu menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan rakyat beragama Islam dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan kecenderungan masyarakat termasuk ahli politik isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain boleh menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat.
Jamil Khir berkata, kenyataan Guan Eng itu a amat mengelirukan sambil menegasakan perlembagaan negeri telah menentukan ia adalah bidang kuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang bertanggungjawab terus kepada Yang di-Pertuan Agong.
Jangan timbulkan kenyataan provokasi
Tambah Arman Azha yang lantang membidas tindakan itu, DAP seolah-olah mahu membakar sentimen perkauman dalam kalangan rakyat negara ini apabila menimbulkan semula polemik tersebut selepas kes ‘The Herald’
Keputusan akhir kes tersebut pada Jun lalu memperlihatkan Mahkamah Persekutuan mengekalkan pendirian Mahkamah Rayuan melarang penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan The Herald.
“Jadi keputusan-keputusan telah dikeluarkan oleh mahkamah, seharusnya beliau sebagai sebuah kerajaan harus menghormati keputusan mahkamah,” katanya.
Justeru beliau mengingatkan Guan Eng untuk menghormati keputusan tersebut dengan mengelakkan mengeluarkan apa-apa kenyataan provokasi berdasarkan keputusan itu.
“Jelas sekali Lim Guan Eng ini sebenarnya dajal hidup dalam negara kita untuk memusnahkan perpaduan kaum di antara kita,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.