Buruh Binaan Warga Indonesia Ditemui Mati Dibunuh

Kuala Lipis – Seorang buruh binaan warga Indonesia ditemui mati dengan kesan hentakan di kepala dan patah jari kiri dipercayai dibunuh, berhampiran sebuah rumah sarang burung walit di Jalan Lipis-Kechau, Kuala Lipis, semalam, menurut polis.

Mayat Abdul Rohim, 42, ditemui pukul 5.30 petang oleh pemilik rumah burung walit berkenaan dalam keadaan berbau dan hampir reput ditutup dengan kanvas.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata siasatan awal mendapati mangsa telah dibunuh 72 jam sebelum itu.

“Polis turut menemui dokumen perjalanan mangsa dan beberapa dokumen pengenalan lain miliknya di tempat kejadian dan dia didapati baru sahaja lima bulan bekerja di negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.