Badak Putih Utara Makin Pupus, Satu Darinya Mati Di Zoo California

Califonia – Salah satu daripada enam badak putih utara yang hidup di bumi ini mati di sebuah zoo California.

Ia menjadikan spesies itu hampir pupus, kata pegawai zoo pada hari Isnin, lapor Reuters.

Angalifu, berumur kira-kira 44 tahun, mati pada hari Ahad, menurut Zoo Safari Park San Diego.

Badak putih utara yang masih hidup di dunia adalah seekor betina tua di Taman Safari, satu lagi di zoo di Eropah dan tiga lagi ekor di Afrika, kata zoo California dalam satu kenyataan.

“Kematian Angalifu adalah satu kerugian besar kepada kita semua,” kata Randy Rieches, dalam satu kenyataan.

“Bukan sahaja kerana ia amat disayangi di sini tetapi juga kerana kematiannya membawa kepada kepupusan spesies ini.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.