Azmin Ali Sedia Gantikan Anwar Ibrahim

Kuala Lumpur – Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini berkata, beliau bersedia menggantikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mendapat sokongan.

Ketika diajukan soalan berhubung kesediaannya, Azmin yang juga timbalan presiden PKR hanya ketawa dan bertanya kembali kepada wartawan.

“You (awak) tak setuju? Kalau you sokong saya, saya OK-lah,” katanya ketika diminta mengulas pandangan seorang ahli akademik terkenal semalam.

Prof Jayum Jawan berkata Anwar sudah tidak releven dalam suasana politik semasa dan bakal penggantinya perlu digarap daripada sekarang dan Azmin calon yang sesuai menggantikan Anwar.

Prof Jayum yang juga Timbalan ketua kluster politik Majlis Profesor Negara (MPN) itu juga secara jelas memetik Mohamed Azmin sebagai calon paling layak memandangkan dirinya mempunyai potensi untuk bertanding merebut jawatan Presiden PKR akan datang.

“Ini pendapat dan pandangan profesor,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek Bayaran Saguhati kepada pembeli projek Perumahan Taman Bukit Impian, di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.