Awani Nafi ‘Tweet’ Batalkan Tiket Piala AFF Online

Kuala Lumpur – Petang tadi(Isnin), kami dihujani pertanyaan susulan tersebarnya satu tweet menggunakan handle “Astro Awani” yang mendakwa bahawa semua tiket perlawanan akhir Piala AFF Suzuki yang dibeli secara online melalui TicketHotline adalah dibatalkan.

Menurut laporan Astro AWANI, pihaknya ingin menyatakan bahawa “kami tidak pernah memuat naik hebahan berkenaan di akaun Twitter rasmi kami.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tickethotline International Sdn Bhd, Azril Mat Drus mengesahkan bahawa penjualan tiket perlawanan tersebut masih berjalan lancar dan semua pembelian melalui laman web www.tickethotline.com.my adalah sah.

Untuk rekod, akaun Twitter rasmi Astro AWANI @501Awani telah digunakan sejak dua tahun lalu dan sehingga kini telah mengumpul sejumlah hampir 310,000 pengikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.