Pengamal Syiah dikesan di utara Perak – JAIPk

IPOH 15 Dis. – Kawasan utara Perak khususnya Taiping, Kamunting dan Bagan Serai dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi pengamal Syiah di negeri ini

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, pihaknya berjaya mengenal pasti pengamal Syiah di kawasan tersebut setelah mereka membuat akuan bersumpah telah mengamalkan fahaman tersebut beberapa bulan lepas.

“Dalam isu menangani ajaran Syiah ini, JAIPk lebih ke hadapan apabila bertindak segera dengan menangkap enam orang pengamal fahaman tersebut di kawasan utara Perak pada Ogos dan September lalu.

“Kesemua yang ditangkap telah pun didakwa di mahkamah dan kes tersebut masih berjalan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.