VIDEO: Najib Ajak Guan Eng Balik Ke Planet ‘Earth’

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengemukakan empat persoalan untuk dijawab Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkaitan perjanjian penyelesaian IPIC dengan 1MDB.

Persoalan itu dikemukakan Najib ekoran sikap Guan Eng yang membisu ketika beliau menyentuh isu itu ketika membahaskan Belanjawan 2019, Rabu lalu, namun pemimpin DAP itu bersikap sebaliknya apabila di luar dewan. 

“Bila saya tiba bahagian di mana saya menyatakan fakta mengenai perjanjian penyelesaian IPIC dengan 1MDB dan bertanya PH, tiada seorang pun ahli parlimen mereka membuka mulut bagai ada emas di bibir. Suara Jelutong pun tak kedengaran.

“Bagaimanapun, selepas dia keluar dari dewan, Guan Eng kata saya dari planet lain mengenai isu perjanjian IPIC dengan 1MDB. 

“Baik. Kita balik ke planet Earth. Beranikah Guan Eng menjawab empat soalan ini,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam empat soalan yang disenaraikan untuk dijawab Guan Eng itu, Najib mempersoalkan mengapa kerajaan Pakatan Harapan (PH) membisu apabila syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, IPIC mengeluarkan kenyataan balas bahawa 1MDB tidak berhutang kepada IPIC, yang mana ia jelas bertentangan dengan tuduhan mereka sebelum ini.

Najib juga menyoal mengapa tiada seorang pun pemimpin PH pernah mempersoalkan mengapa pegawai-pegawai kanan Abu Dhabi tidak dipanggil untuk disoalsiasat memandangkan wang itu dipindahkan kepada individu berkenaan.

“Ketiga, adakah perjanjian penyelesaian itu mengandungi klausa bahawa IPIC bersetuju untuk menyelesaikan semua wang dibayar oleh 1MDB kepada mereka yang kini didakwa hilang sebelum 30 Disember 2020,”

“Keempat, mengapa masih tidak mahu mendedahkan perjanjian penyelesaian tahun 2015 dan 2017 ini?

“Di planet Earth, soalan-soalan ini bukan sukar untuk dijawab jika benar-benar mahu menegakkan keadilan,” sindir Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu sebelum ini berkali-kali mengulangi gesaannya agar PH mendedahkan perjanjian penyelesaian IPIC dengan 1MDB.

Kata Najib, pendedahan dokumen itu akan dapat membuktikan bahawa kerajaan BN telah berusaha dan berjaya memastikan bahawa semua wang yang didakwa hilang dari 1MDB akan dikembalikan.

Kata Najib lagi, perjanjian penyelesaian itu akan menunjukkan bahawa Malaysia telah memberi masa sehingga 30 Disember 2020 untuk IPIC bayar balik kepada 1MDB semua wang yang dikatakan hilang. -SuaraTv 

4 thoughts on “VIDEO: Najib Ajak Guan Eng Balik Ke Planet ‘Earth’

  • November 17, 2018 at 1:31 am
    Permalink

    Tnggu je bicara hbs nanti planet mana awak duduk kan??
    Ckplah apa pun tk bayar?? Kes byk tk risau gusar ke?? Tk rasa malu ke?? Planet mana sesuai ehh?? Kita tnggu ya planet mana duduk nanti??

    Reply
  • November 17, 2018 at 1:35 am
    Permalink

    Awak menang komplen ..menang komen menang perli sana sini..tapi rasa2nya nampak akan kalah tewas bungkus teruk dlm bicara nanti???? Tk dpt tepis elak punya..insyallah mudah2an terbukti segala kejahatan mereka2 ini….!!

    Reply
  • November 17, 2018 at 1:38 am
    Permalink

    Walau lge bukan islam…tapi bersih tk curi songlap duit rakyat..harta negara??? Sedarlah diri yg akan tewas bicara nanti…insaf lah gusarlah risaulah ya… usah nk lawan undang2?? Tk hebat tk kuat mana pun hanya allah swt maha hebat maha kuat…

    Reply
  • November 17, 2018 at 1:40 am
    Permalink

    Lge dan PH terbaik jujur ikhlas tanpa rasuah?? Tahniah PH jadi kerajaan..!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.