UMNO Sepakat Letak Tokmat Pertahan DUN Rantau, Kata Zahid

SHAH ALAM – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi DUN Rantau  dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu yang akan diadakan kelak. 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu akan mempertahankan kerusi DUN Rantau meskipun terpaksa berdepan dengan cabaran dan kekangan.

“Keputusan mahkamah untuk PRK DUN Rantau sudah dijangkakan. UMNO akan mencalonkan semula DSU Mohamad Hassan. 

“Biarpun banyak kekangan & halangan, kerusi Rantau mesti dipertahankan,” katanya di Twitter. 

Beliau menambah, jentera Barisan Nasional (BN) akan digerakkan sepenuhnya untuk berkempen pada PRK tersebut.

“Demi maruah & kesinambungan mari UMNO/BN perkasa kesatupaduan,” tulisnya lagi. 

Terdahulu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tokmat memaklumkan beliau akan mempertahankan kerusi DUN Rantau dalam PRK yang akan diadakan kelak.

Mahkamah Pilihan Raya di Seremban awal hari ini memutuskan bahawa kerusi DUN Rantau kosong dan mengisytiharkan kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pada PRU14 lalu sebagai tidak sah.

Hakim Azimah Omar dalam penghakimannya pagi tadi turut mengarahkan satu PRK bagi kerusi itu diadakan serta mereta.

Katanya, tidak ada undang-undang bertulis atau keperluan bagi seseorang calon atau pencadangnya mempunyai pas untuk memasuki pusat penamaan.

Pada penamaan calon PRU14 April lalu, Mohamad secara rasmi diumumkan menang tanpa bertanding apabila calon PKR, Dr S Streram gagal menghantar borang penamaan calon di pusat penamaan.

Difahamkan, calon PKR itu tidak dibenarkan masuk kerana tidak mempunyai pas calon, manakala pencadang serta penyokongnya turut tidak dibenarkan masuk ke dewan itu kerana tidak mempunyai pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ekoran itu Streram  memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan itu di Mahkamah Tinggi. -SuaraTv 

One thought on “UMNO Sepakat Letak Tokmat Pertahan DUN Rantau, Kata Zahid

  • November 17, 2018 at 1:21 am
    Permalink

    Letak lah sapa2 pun tetap bungkus rudum punya?? Tetap tewas teruk ?? Tk caya tengoklah nanti!! Rosak teruk arr…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.