Sebab Aliff Syukri Astro Dapat Amaran SKMM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran kepada Astro untuk tidak menggunakan bahan promosi yang mempersendakan kulit dan raut wajah seperti yang berlaku dan menimbulkan kontreversi serta respon negatif pelbagai pihak.

Dalam satu kenyataan di sini Khamis, SKMM berkata satu siasatan telah dijalankan berhubung aduan orang ramai terhadap promosi ketika konsert Gegar Vaganza Musim Ke-5 baru-baru ini.

“Pihak Astro menghadiri perjumpaan dengan SKMM pada 7 November lepas bagi memberi penjelasan butiran insiden serta tindakan pencegahan dan pembetulan yang diambil.

“Permohonan maaf daripada pihak penaja dan Astro telah dikeluarkan semasa siaran program pada 11 November,” kata kenyataan itu sambil menambah sebagai tindakan pencegahan pengulangan insiden, Astro juga telah merakamkan terlebih dahulu apa-apa segmen yang melibatkan penaja utama program ini.

“Pihak SKMM memandang serius perkara itu dan telah mengeluarkan amaran kepada Astro untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang,” kata kenyataan.

Tambah kenyataan itu lagi, Astro perlu mematuhi Syarat Lesen khas dan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Baru-baru in penaja GV5 Datuk Aliff Syukri menggunakan topik warna kulit dan mengaitkannya dengan seorang penyanyi ketika cub mempromosikan produknya.

Tindakan Aliff yang mengatakan raut wajah seorang perempuan sebagai hodoh turut mendapat perhatian. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.