Rumah Zur Eda Ditenggelami Air

KUALA LUMPUR – Rumah penyanyi era 80-an Zur Eda di Paya Jaras, Sungai Buloh ditenggelami air semalam ekoran hujan lebat.

Peserta Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) bagaimana tiada di rumah kerana berada di Perlis bersama suaminya untuk persembahan.

Difahamkan limpahan air sedalam kira-kira satu meter itu menyebabkan barang-barang dan kelangkapan rumah penyanyi itu tidak dapat diselamatkan.

Dalam pada itu suami Zur Eda iaitu Zulkifli Mohd Yusoff, 56, yang dihubungi mStar Online berkata, dia hanya dimaklumkan oleh anaknya rumah ditenggelami air namun tidak mendapat cerita terperinci keadaan yang berlaku

“Anak ada beritahu rumah dimasuki air tetapi dia orang tak mahu saya dan Eda susah hati, jadi mereka tidak berkongsi keadaan rumah kami.

“Apabila balik ke Kuala Lumpur petang ni barulah saya akan dapat lihat sendiri keadaan sebenar rumah kami,” katanya.

Dalam kejadian pada petang Khamis, beberapa kawasan di sekitar Sungai Buloh mengalami banjir kilat berikutan hujan lebat sejak pukul 5 petang.

Kejadian turut berlaku di Kota Damansara, Kampung Paya Jaras, Kampung Kubu Gajah dan Rawang yang dinaiki air setinggi 50 sentimeter sehingga mencecah satu meter.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.