Remaja 13 Tahun Maut Angkara Pertandingan Muay Thai RM254

KUALA LUMPUR – Demo satu kejohanan Muay Thai yang menawarkan wang tunai bernilai RM254 (2,000 Thai Bhat), peninju remaja yang hanya berusia 13 tahun maut.

Anucha Tasako mati akibat pendarahan otak sehari selepas tidak sedarkan diri setelah menyertai kejohanan tersebut Sabtu yang lalu.

Anucha dilaporkan erkena lima tumbukan bertalu-talu di kepalanya oleh lawannya, Nitikron Sonde yang juga seusianya di Samut Prakan.

Petinju remaja itu kelihatan bergelut dan beberapa kali jatuh selepas tumbukan tersebut.

Anucha mula menceburi sukan Muay Thai sejak berusia tujuh atau lapan tahun yang lalu.

Dia mula bertarung ketika berusia lapan tahun memenangi perlawanan pertama dengan hadiah bernilai 300 Thai Bhat (RM38).

Tasako berkata Anucha menyertai sukan lasak itu kerana dia mahu mendapatkan wang untuk membeli barang yang dikehendakinya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.